web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perodua Axia E Bukan Model Baharu Tapi… - MIROS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:13AM

MIROS mendakwa Perodua Axia E yang diperkenalkan pada harga RM22,000 minggu lalu adalah model generasi pertama yang dilancarkan pada 2014 dan telah diuji di bawah protokol lama. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendakwa kereta mampu milik, Perodua Axia E yang diperkenalkan pada harga RM22,000 minggu lalu bukanlah model baharu.

Menurutnya, kenderaan itu adalah model generasi pertama yang dilancarkan pada 2014 dan telah diuji di bawah protokol lama yang tidak mempunyai peraturan ciri keselamatan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) wajib ketika penilaiannya.

MIROS turut menyatakan, sistem brek antikunci (ABS) dan ESC telah diwajibkan dalam kenderaan model baharu di negara ini sejak 1 Julai 2018.

Malah katanya, semua kereta baharu yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia, harus dipasang dengan ESC termasuk varian peringkat permulaan.

“Model Axia generasi kedua baharu 2023 yang diperkenalkan awal tahun ini sebaliknya telah melalui protokol penilaian Asean NCAP terkini yang memerlukan bukan sahaja ESC tetapi juga beberapa teknologi bantuan keselamatan termaju seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD) dan Lane Keep Assist (LKA) untuk menjaringkan penarafan 4 Bintang dan ke atas.

“Semua kereta yang akan diuji di bawah penilaian ASEAN NCAP mulai 2017 mesti mempunyai kelengkapan ESC untuk mencapai penarafan bintang yang lebih tinggi,” katanya seperti dilaporkan BH.

Sementara itu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengesahkan varian Axia E itu bukanlah model baharu tetapi berdasarkan edisi facelift 2017 bagi model generasi pertama.

Bagaimanapun, katanya, apa yang baharu dengan pengenalan semula itu adalah harganya yang mampu milik.

Pada masa sama, MIROS sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewajibkan Label Keselamatan bagi kereta penumpang yang dipamerkan di bilik pameran atau mana-mana premis promosi seperti di pusat beli-belah.

Ujarnya lagi, Label Keselamatan itu akan terdiri daripada senarai ciri keselamatan yang tersedia dalam kereta yang dipaparkan.

“Satu hasil yang paling ketara jika kereta berkenaan tidak mempunyai ciri keselamatan yang disebutkan ialah ia akan memberikan maklumat mengelirukan kepada pengguna tentang ciri keselamatan yang dipasang di dalam kenderaan itu,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan pakar automotif mempersoalkan ketiadaan ciri keselamatan dalam varian Axia E.

Pakar automotif, Mohd Aqil Abdullah berkata, ketiadaan sistem ABS dan ESC dalam kenderaan terbabit boleh menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut di negara ini.

Katanya, kegagalan pengilang meletakkan ciri keselamatan minimum menyebabkan pemandu kenderaan model baharu itu, berisiko 60 peratus lebih tinggi mendapat kecederaan di kepala dan juga kaki.

“ESC merupakan sistem brek dengan kawalan komputer yang akan beroperasi bagi meningkatkan kestabilan kereta dan membantu pemandu mengawal kereta daripada terbabas, manakala ABS direka untuk menghalang roda kereta daripada terkunci ketika brek mengejut. 

“Jadi, ketiadaan sistem itu menimbulkan persoalan kepada keselamatan nyawa pemandunya. Ini kerana kenderaan tanpa sistem ABS dan ESC dilihat seolah-olah tidak menepati piawaian standard keselamatan pemanduan di jalan raya,” katanya.

Sebelum ini, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut meluahkan kebimbangannya mengenai model baharu berkenaan.

Menurut beliau, PERODUA selaku syarikat pengeluar kenderaan itu tidak sepatutnya memandang ringan soal keselamatan semata-mata kerana ingin menjadikan sesebuah kenderaan mampu milik.

Tegas Ka Siong, setiap kenderaan perlu dilengkapi teknologi ABS dan ESC demi keselamatan pengguna dan orang ramai dan tindakan syarikat pembuat kenderaan mengurangkan spesifikasi keselamatan pada kenderaan bukanlah penyelesaian. – Getaran, 21 Jun 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad