web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan 7 Individu Untuk Batal Larangan Merokok Di Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 5:30PM

Tujuh individu gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan KKM yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM.

Dengan keputusan hari ini, percubaan Mohd Hanizam Yunus, Zulkifli Mohamad, Mohd Laisani Dollah, Mohd Sufian Awaludin, Ridzuan Muhammad Noor, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Yuri Azhar Abdollah bagi mencabar larang merokok di kedai-kedai makan oleh KKM yang telah berlarutan selama lima tahun, kini berakhir.

Hakim Zabariah yang mengetuai panel hakim itu berkata persoalanan undang-undang yang dibangkitkan oleh individu berkenaan tidak memenuhi tiga syarat yang diperlukan di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Di bawah seksyen berkenaan, pemohon perlu menampilkan persoalanan undang-undang yang baharu, yang mempunyai kepentingan awam, dibangkitkan buat kali pertama.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, Hakim Zabariah berkata persoalan undang-undang mengenai Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (semua orang adalah sama di sisi undang-undang) dalam Perlembagaan Persekutuan telah selesai, dan persoalanan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini tiada kepentingan awam yang memerlukan penghujahan lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan.

Pada 31 Dis 2018 tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) memohon satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.

Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.

KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pada 29 Okt 2019 Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan tujuh individu berkenaan untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan, dan pada 23 Nov tahun lepas pula Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tujuh individu berkenaan menggesa mahkamah membenarkan rayuan, dan menampilkan tiga persoalanan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Salah satu persoalanan yang dibangkitkan adalah sama ada pindaan kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi melarang perbuatan merokok di keda-kedai makan termasuk dalam kawasan tertutup yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan kawasan terbuka, adalah bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. 

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, yang mewakili KKM berhujah bahawa larangan merokok di keda-kedai makan memberi kelebihan kepada orang awam, kerana orang ramai menyokong keputusan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad