web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPT, KSM Perlu Kerjasama Wujud Dana Latihan Industri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 10:14AM

Anwar Ibrahim semalam menyeru syarikat supaya mempertimbangkan pemberian elaun yang munasabah kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka seperti kos tambang dan makanan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi diminta bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan sebuah dana latihan industri, bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat terpilih.

Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Prof Barjoyai Bardai berkata penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut.

“Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), kerana syarikat yang mencarum dengan HRDF dapat menikmati tawaran latihan yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka secara percuma.

“Jadi sekiranya IPT dapat sama-sama mewujudkan dana latihan industri dan mencarum dengan HRDF, elaun latihan industri itu lebih mudah diselaraskan, sekali gus mengurangkan beban pelajar yang sedang menjalani latihan industri,” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menyeru syarikat supaya mempertimbangkan pemberian elaun yang munasabah kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka seperti kos tambang dan makanan.

Anwar berkata bagaimanapun kerajaan tidak akan menetapkan satu kaedah pembayaran yang jelas kepada pelatih industri, memandangkan latihan itu bukan bersifat paksaan.

Barjoyai berkata pelajar praktikal juga boleh dibayar mengikut kadar produktiviti mereka, sekiranya pelajar berkenaan dapat memberi pulangan atau keuntungan kepada syarikat, kerana pada hakikatnya majikan sudah melaksanakan tanggungjawab untuk melatih pelajar berkenaan.

Mengakui tekanan kos sara hidup pelajar kini, Barjoyai berkata seorang pelajar memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menampung keperluan mereka, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan serta bergantung kepada lokasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Muhammad Asree Abdul Aziz, mencadangkan kerajaan memberi subsidi upah latihan industri atau pelepasan cukai khas kepada syarikat terlibat. 

Beliau berkata langkah itu akan memberi keputusan menang-menang kepada semua pihak, memandangkan banyak syarikat masih dalam proses pemulihan ekonomi selepas berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Kami memahami kos sara hidup terus meningkat tanpa dijangka dan pinjaman pendidikan dan biasiswa semakin menipis peluang untuk diperolehi, namun pelajar juga harus memahami apakah tujuan utama latihan industri ini.

“Perlu difikirkan juga kesanggupan pihak industri dalam menerima pelajar ini untuk diberi latihan di syarikat mereka, namun pihak industri juga sewajarnya tidak membebankan kerja-kerja tertentu terhadap pelajar, sehingga memberi kesan kewangan kepada mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan, Syarikat Swasta Disaran Lihat Alternatif Lain Bantu Pelajar Latihan Industri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad