web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah - LHDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 10:14AM

LHDN menerima sejumlah 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas, sebelum tarikh akhir pada 30 Jun ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sejumlah 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas, sebelum tarikh akhir pada 30 Jun ini.

Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDN Kamarudin Hashim berkata angka tersebut masih rendah berbanding sebanyak 777,579 Borang B dengan cukai bernilai RM5.56 bilion yang diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021.

“Ini berikutan masih ramai yang memilih untuk membayar cukai di saat-saat akhir. 

“(Perlu diingatkan bahawa) pembayar cukai yang gagal membuat taksiran dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus manakala yang gagal melaporkan pendapatan secara tepat boleh dikenakan penalti sehingga 100 peratus daripada jumlah cukai taksiran,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Layanan Cukai ke Atas Pendapatan Perniagaan Individu,’ malam semalam.

Sehubungan itu, Kamarudin mengingatkan agar mereka terbabit yang layak dikenakan cukai untuk menyedari dan menunaikan tanggungjawab tersebut, terutama mereka dengan pendapatan perniagaan individu daripada hasil perniagaan pemilikan tunggal.

Menurutnya, kelompok itu adalah syarikat yang menjalani perniagaan runcit, jualan langsung, penternakan, gerai, firma guaman, bidang penulisan, penyanyi, ‘youtuber’ dan pempengaruh.

Malah, katanya, kesedaran membayar cukai dalam kalangan kategori tersebut masih rendah berbanding individu dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.

Berikutan itu, Kamarudin berkata, pihak LHDN kini aktif menjalankan libat urus dengan mereka daripada kategori pendapatan perniagaan individu terbabit dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab membayar cukai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad