web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Bentang Akta Omnibus Untuk Pengurusan Data Lebih Baik - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 8:41PM

Rafizi Ramli - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentang Akta Omnibus di Dewan Rakyat bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi sistem Pangkalan Data Utama (PADU). 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata akta berkenaan perlu memandangkan sistem PADU merupakan sistem pengumpulan data bersepadu yang lebih mudah diurus berbanding sistem pengumpulan data sedia ada. 

“Akta Omnibus ini  bukan sahaja akan memastikan (keselamatan) perkongsian data itu, ia akan memastikan bahawa proses perkongsian data itu menjadi satu mandat yang mengikut undang-undang demi menjamin PADU ini satu pangkalan data yang berterusan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator E. Aknan mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengadakan satu akta dalam memastikan sistem PADU dapat digunakan sepenuhnya oleh kementerian dan agensi.

Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.

Rafizi berkata pangkalan data yang lebih bersepadu bermakna keselamatan data lebih selamat kerana data pada masa ini diurus secara berbeza di setiap kementerian dalam sistem sekarang dan pengurusan tidak dapat disatukan.

"Sistem yang besar dan bersepadu seperti itu akan membolehkan kerajaan dapat membina kepakaran dan langkah keselamatan siber yang lebih baik daripada pecah di beberapa tempat," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris mengenai langkah keselamatan sistem PADU yang diambil kerajaan bagi mengelakkan data peribadi individu digodam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar