web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Benarkah Kerjasama BN, PH Mampu Tawan Majoriti Kerusi Di Selangor?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 5:04PM

Amirudin (tengah) pada sidang media khas hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) yakin dapat membentuk kerajaan di Selangor menerusi majoriti mudah 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, keyakinan itu berikutan kedudukan gabungan terbabit jauh lebih baik berbanding PRN lalu, di samping kejayaan barisan EXCO merancakkan pelbagai sektor ekonomi sepanjang lima tahun memerintah negeri berkenaan.

Menurutnya, situasi itu juga berdasarkan kepada kesepakatan dalam kalangan kepimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) menerusi Kerajaan Perpaduan di negeri terbabit.

“PH adalah lebih baik daripada 2018 dan berkemungkinan kita akan lebih baik, namun suasana politik adalah sangat berbeza berbanding PRN lalu. Dengan pengukuhan kita pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), majoriti kerusi iaitu daripada 16 daripada 22 kerusi.

“Jadi, saya percaya dengan prestasi itu menunjukkan kubu PH masih kukuh di Selangor, tetapi kita tak memandang rendah kepada usaha serta ikhtiar pembangkang.

“Justeru, dari semasa ke semasa kita akan mempertingkatkan segala usaha dalam memberi penerangan kepada orang awam termasuk di media sosial,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Amirudin Shaari
Amirudin Shaari

Amirudin menegaskan, PH bersama parti komponen Kerajaan Perpaduan, akan melakukan perbincangan holistik secara terperinci berhubung pendekatan terbaik boleh dilakukan dalam memikat hati masyarakat, khususnya menjelang PRN.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, data serta analisis diperoleh pihaknya juga menunjukkan, Selangor masih kubu kuat bagi gabungan parti Kerajaan Perpaduan, khususnya PH.

“Berdasarkan prestasi kita dalam memajukan Selangor, PH mampu menang besar seterusnya mengekalkan tampuk pemerintahan selama empat penggal berturut-turut.

“Kalau strategi betul dengan kerjasama rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, di samping prestasi (baik) PH, tiada isu pertempuran dalaman dalam tempoh lima tahun, (ia) akan menyebabkan kita mencipta kemenangan lebih besar daripada dua pertiga majoriti, malah tidak mustahil mengulangi prestasi 2018 dengan kemenangan lebih 50 kerusi,” katanya.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu Jumaat ini, bagi memberi laluan kepada PRN

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kelantan akan membubarkan DUN Khamis ini, Pulau Pinang (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).

Pada 26 Jun 2018, DUN Selangor yang diterajui PH kali pertama bersidang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Selangor yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kekal memerintah Selangor dengan memperoleh majoriti dua pertiga menerusi kemenangan 51 daripada 56 kerusi DUN pada PRU-14.

Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 11 Mei 2018 sebelum dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PH kemudiannya menamakan Amirudin yang sebelum itu dilantik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembudayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 dan beliau mengangkat sumpah jawatan pada 19 Jun 2018. - Getaran, 19 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan