web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Perlu Jalan Tugas Secara Bebas, Berkecuali - PM Anwar 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 1:05PM

Anwar Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mendakwa badan penyiasat termasuk SPRM bertindak atas arahan politik, tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk melibatkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang. 

“Orang-orang yang menganggap ini siasatan bermotif politik, harus melihat kepada fakta dan bukan sentimen politik untuk kelirukan rakyat.

“Kalau nyata dari segi siasatan ada kes yang dianggap berprofil tinggi dan mempunyai alasan cukup kukuh untuk didakwa itu tugas SPRM dan Jabatan Peguam Negara,” kata beliau pada persidangan Dewan Negara hari ini. 

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan Senator A. Kesavadas mengenai sejauh mana SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan bekas-bekas Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar meminta mana-mana pihak yang mendakwa badan penyiasat termasuk SPRM bertindak atas arahan politik, tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Beliau berkata ia memandangkan ketika ini adakalanya tindakan dan keputusan diambil SPRM dijadikan bahan politik oleh sesetengah pihak. 

“Lihat pada fakta, kalau semasa memegang kuasa kita menggunakan kuasa beri kontrak pada keluarga dan kroni, memperkayakan diri, jangan dipersoalkan kenapa SPRM siasat, dan bila SPRM siasat jangan dianggap ini tohmahan politik.

“Sepatutnya kita sebagai ahli Dewan (Dewan Rakyat atau Dewan Negara) yang bertanggungjawab mengambil sikap selamatkan negara daripada rasuah berleluasa,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dominic Lau Hoe Chai.

Dominic mahu tahu mekanisme diguna pakai SPRM bahawa setiap siasatan SPRM tidak dipengaruhi kuasa dan arahan bermotif politik.

Anwar berkata ketika ini kaedah siasatan SPRM cukup jelas iaitu sekiranya ada laporan dibuat, siasatan akan dijalankan segera dengan beliau sendiri meminta semua badan penguat kuasa menjalankan siasatan secara profesional dan tanpa gentar.

Katanya, beliau sendiri menjamin Kerajaan Perpaduan sentiasa akan bertindak tegas supaya penyakit barah rasuah akan dapat dihapuskan dalam negara ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad