web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rempuh Perodua Viva, Penunggang Motosikal ‘Melambung Di Udara’ Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 7:14AM

Siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu sedang memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi tidak sempat mengelak sebuah Perodua Viva di laluan bertentangan - Gambar Facebook Kemalangan Jalan Raya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta Perodua Viva dalam nahas di jalan masuk menghala ke Felda Lui Selatan, di Jempol, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa, Den Jahoring, 25, pekerja kilang perabot di Seremban, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu sedang memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi tidak sempat mengelak Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun di laluan bertentangan.

“Mangsa dipercayai dari arah rumahnya di Kampung Sungai Sampo menghala ke Seremban, manakala kereta berkenaan menghala ke Felda Lui Selatan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang memotong kenderaan di hadapannya dipercayai tidak sempat mengelak Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Chang Hook berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik manakala pemandu Perodua Viva mengalami luka di bahagian kepala.

“Pemandu kenderaan terbabit menerima rawatan susulan di Hospital Jempol dan proses bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dilakukan hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Jempol untuk membantu siasatan.

Terdahulu, video kemalangan tersebut dipercayai dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebelum tular di media sosial.

Menerusi rakaman video yang tular itu, mangsa dilihat melambung tinggi di udara sebelum terkulai di atas jalan raya.

Kereta Perodua Viva terbabit pula terbabas masuk ke dalam semak.

Rata-rata netizen meluahkan simpati terhadap penunggang motosikal berkenaan dan mendakwa mangsa mungkin mengalami gejala microsleep. – Getaran, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar