web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teknologi Maklumat Berpotensi Jadi Sebahagian Ekonomi Arus Perdana - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 10:16AM

Fahmi Fadzil berkata bidang teknologi maklumat berpotensi menjadi sebahagian daripada ekonomi arus perdana - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata bidang teknologi maklumat berpotensi menjadi sebahagian daripada ekonomi arus perdana. 

Beliau berkata ini berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan kejayaan negara dalam menarik minat pemain industri teknologi data untuk melabur di Malaysia. 

“… dalam enam, tujuh bulan kebelakangan ini, Malaysia menjadi destinasi pelaburan untuk pusat pemprosesan data dan ini membolehkan kita ada superhighway untuk data… kalau kita dah ada lebuh raya untuk pemprosesan data ini, apa yang ekonomi kita boleh jana ...yang syarikat-syarikat di Malaysia boleh lakukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika ditemu bual penyampai Radio Emas Zaharah Othman semasa menghadiri Minggu Teknologi London baru-baru ini. 

Fahmi berkata Malaysia juga perlu melakukan beberapa persiapan kerana penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas membabitkan penggubalan undang-undang dan kerangka kawal selia untuk memastikan teknologi itu selamat digunakan.  

“Kita mesti ada beberapa persiapan terutama dalam bidang AI, apa kerangka kawal selia, undang-undang yang kita kena ada untuk memastikan AI ini selamat digunakan serta dimanfaat sekali gus boleh membantu kita meningkatkan produktiviti dan ekonomi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad