web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Mahmood Zuhdi Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:55AM

Prof. Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, meninggal dunia pada jam 10.20 malam tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan pentadbir Facebook Allahyarham yang turut menyatakan perkembangan pengurusan jenazah pendakwah terkemuka terbabit.

“Innalillahi wa innailaihi rajiun. Untuk makluman, Dato Mahmood Zuhdi baru meninggal dunia jam 10.20 malam tadi,” katanya.

Jenazah Allajyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada jam 11 pagi ini.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang keagamaan, Mahmood Zuhdi, 78, dikenali sebagai cendekiawan agama dan pakar bidang syariah terkemuka.

Allahyarham memegang jawatan Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan kedudukan sebagai Profesor Emeritus daripada universiti berkenaan pada tahun 2011.

Media turut melaporkan, Allahyarham menerbitkan beberapa buku syariah, termasuk Ke arah Merealisasikan Undang-undang Islam di Malaysia (1998), Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam Malaysia (1999), Wakaf dan Pelaksanaannya di Malaysia (2000) dan Ulama Penggugat Zaman (2004).

Allahyarham juga giat dalam bidang penulisan dan antara artikel dihasilkan ialah Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran (2000), Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah (2002) dan Teori Politik Islam: Memahami Siasah Syariah (2003).

Berita pemergian Mahmood Zuhdi dikongsi pengguna media sosial dengan rata-rata menganggap beliau sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam bidang keilmuan, malah ada menganggap ia sebagai kehilangan besar negara.

“Telah kembali ke rahmatullah murabbi ummah yang dikasihi Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi. Seorang yang gigih berdakwah hingga usaha terakhirnya menerusi MDN,” kata Mohd Shahrizal Nasir

“Satu lagi permata ummat telah pergi. Kembalinya ke rahmatullah seorang lagi cendekiawan ulung negara. Karya almarhum masih segar buat bekalan sejak zaman berkuliah di universiti hingga ke hari ini. Damailah dikau di sana wahai murabbi kami. Pergimu pasti meninggalkan legasi abadi. Allahummagh firlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu...,” tulis Wan Anwar.

“Semoga Allah merahmati Allahyarham Profesor Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid. Antara guru yang begitu kritikal dalam membahaskan syariah kotemporari,” ujar Faisal Mustaffa. – Getaran, 18 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad