web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usaha Banteras Isu Buruh Paksa Melalui Pindaan Akta Kerja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:58PM

V. Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Usaha negara membanteras isu buruh paksa akan ditingkatkan secara komprehensif melalui pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas, khususnya melalui penambahan Seksyen 90B berkaitan buruh paksa. 

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini berkata peruntukan itu menetapkan penalti kepada majikan yang melakukan kesalahan buruh paksa di bawah akta tersebut.

Beliau berkata ia adalah antara langkah untuk membanteras isu berkaitan buruh paksa, selain memperbaiki penilaian Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report) 2023 seperti yang dikeluarkan semalam.

Katanya Malaysia mengalu-alukan laporan tersebut yang meletakkan negara di Tahap 2 Pemerhatian iaitu peningkatan setelah dua tahun berturut-turut berada di Tahap 3.

“Peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan diperkukuh melalui pembangunan kapasiti pemeriksa buruh bagi memastikan lebih banyak pendakwaan dibuat ke atas majikan yang melakukan kesalahan terutamanya berkaitan kes buruh paksa.

“Aspek perlindungan sosial dan aspek perburuhan kepada pekerja asing juga akan ditingkatkan termasuk pekerja domestik, pekerja sektor perladangan dan pembuatan sarung tangan getah,” katanya.

Sivakumar berkata kerjasama dengan AS juga akan diperkukuh melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama bagi meningkatkan imej negara, sekali gus memastikan produk tempatan tidak dikenakan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS berikutan isu buruh paksa.

Beliau berkata usaha negara dengan kerjasama wakil kesatuan sekerja, persekutuan majikan dan industri turut dipergiatkan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa (NAPFL) 2021-2025.

Menurutnya ini selaras dengan komitmen negara yang telah meratifikasi Protokol 2014 kepada Konvesyen Buruh Paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1930 (P29), serta menangani isu-isu berkaitan pengurusan pekerja asing dengan lebih baik termasuk mengadakan kerjasama strategik dengan negara sumber. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi