web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hutan Bukit Semanggol Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:55PM

Lebih dua hektar kawasan hutan di Bukit Semanggol, Jalan Kubu Gajah, dekat Gunung Semanggol, di sini, terbakar, petang tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lebih dua hektar kawasan hutan di Bukit Semanggol, Jalan Kubu Gajah, dekat Gunung Semanggol, di sini, terbakar, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.37 petang.

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dibantu BBP Kamunting telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, api sedang marak dan merebak ke kawasan atas bukit melibatkan keluasan lebih dua hektar namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. 

"Pada mulanya kita dimaklumkan kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas 10x10 meter persegi sahaja dan pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran supaya ia tidak terus merebak ke kawasan lain hutan di atas Bukit Semanggol," katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak bomba tidak menolak kemungkinan berpunca daripada aktiviti pembersihan kawasan. 

Operasi memadam kebakaran masih dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad