KUALA LUMPUR - Warga Kelantan khususnya generasi muda dipelawa menyertai sesi Temu Anwar yang akan diadakan Ahad ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran ringkas di Facebook berkata, program itu bakal diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok.
“Para peserta bebas melontarkan apa jua soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya,” katanya.
Jelas beliau, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.
“Kita jumpa Ahad ini,” katanya.
Temu Anwar ialah program dialog anak muda yang diadakan secara bersiri sejak 2009, khusus untuk orang ramai mendekati dan mengenali lebih dekat pemimpin utama negara itu. - Getaran, 16 Jun 2023

