web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampar Pelayan Restoran, Abang ‘Sado’ Dipenjara Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 11:55AM

Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan menampar pelayan restoran. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Seorang lelaki yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar di sini, dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan menampar pelayan restoran.

Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman turut menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, dan dipenjara sembilan hari lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan hari bagi setiap pertuduhan ke atas tertuduh, namun ia berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan iaitu semalam.

Penyelia mesin itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas V. Dennis Pillai, 23, di Restoran Glory 78 Steamboat Snack Corner (Bamboo Biryani) Tanah Rata di sini, pada kira-kira 4.20 petang, 4 Jun.

Mohammad Zaim Faiz turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas warga asing, Samir Das di masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha memohon Mohammad Zaim Faiz dikenakan hukuman setimpal bagi memberi ganjaran, selain kes telah menjadi tular.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu, bagaimanapun dalam keadaan sebak merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda minimum, kerana isterinya akan bersalin pada hujung bulan ini selain mempunyai seorang anak kecil.

Beliau turut mengakui telah insaf dan berjanji  untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

Mengikut fakta kes, Mohammad Zaim Faiz memaki hamun dengan kata-kata kesat memarahi kedua-dua mangsa, kerana makanan yang dipesan lambat sampai dan menampar Samir Das sebanyak dua kali di pipi kiri dan menampar kedua-dua pipi Dennis Pilai sebanyak empat kali.

Pada 9 Jun, Mahkamah Majistret Tapah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas lelaki itu yang mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden di Lata Iskandar, yang tular baru-baru ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek