web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Pakaian Seragam Jururawat ‘Ketat’, Keutamaan Ahli Parlimen Pembangkang Dipersoal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 8:33PM

Terdahulu di Dewan Rakyat, Wan Razali Wan Nor menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneliti semula etika pakaian seragam dikatakan "ketat" yang dipakai oleh jururawat di hospital kerajaan, dengan mendakwa pakaian tersebut mengikut acuan Barat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial membidas Ahli Parlimen PAS kerana meluahkan kebimbangan mereka terhadap pakaian seragam jururawat yang “ketat” semasa sesi perbahasan mengenai Kertas Putih Kesihatan di Parlimen hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Mohd Khalib menerusi ciapan di Twitter berkongsi rasa terkejut mengenai tindakan dua Ahli Parlimen pembangkang, Wan Razali Wan Nor (Kuantan-PN) dan Salamiah Mohd Nor (Temerloh-PN), menggunakan masa perbahasan yang diperuntukkan kepada mereka untuk membangkitkan isu yang tidak dijangka.

“Sesuatu tidak kena apabila (perkara) ini yang mereka bimbangkan,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Wan Razali menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneliti semula etika pakaian seragam dikatakan "ketat" yang dipakai oleh jururawat di hospital kerajaan, dengan mendakwa pakaian tersebut mengikut acuan Barat.

Beliau turut merungut bagaimana kebanyakan jururawat yang bekerja di hospital kerajaan memakai pakaian yang "menampakkan bentuk badan mereka".

“Adakah kementerian berhasrat untuk terus mengikut (standard) Barat berkaitan etika berpakaian?

“Apakah ia tidak boleh diubah dan diberikan kelonggaran,” katanya ketika membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan mengenai pembaharuan penjagaan kesihatan untuk sektor awam.

Wan Razali mendakwa Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Azlan Shah di Kuantan, Pahang adalah dua pusat penjagaan kesihatan awam yang menyediakan pakaian seragam alternatif kepada jururawatnya.

“Sesetengah hospital memberi pilihan kepada kakitangan wanita mereka untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.

“Tahniah kepada hospital yang memberikan (jururawatnya) pilihan untuk memilih kod pakaian yang lebih baik,” katanya.

Komen Wan Razali itu kemudiannya disokong oleh rakan partinya, Salamiah yang secara ringkas berkata, dia menyahut gesaan agar lebih banyak pakaian seragam "patuh syariah" disediakan untuk jururawat di hospital kerajaan. – The Vibes, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini