web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebuhraya SUKE Fasa 2 Dibuka Tengah Malam Ini, Tol Percuma 2 Minggu - Nanta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 4:02PM

Alexander Nanta Linggi berkata selepas dua minggu, kadar bayaran tol di plaza tol tersebut ialah RM2.30 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa dua akan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini, dengan tol percuma di Plaza Tol Alam Damai selama dua minggu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata selepas dua minggu, kadar bayaran tol di plaza tol tersebut ialah RM2.30.

Beliau berkata Lebuhraya SUKE fasa dua itu melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) hingga Persimpangan Cheras-Kajang melengkapkan jajaran utama SUKE sepanjang 24.4 kilometer bermula dari persimpangan Sri Petaling berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa.  

“Jajaran itu dapat menjimatkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.

“Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menjangkakan sebahagian pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan beralih ke Lebuhraya SUKE seusai pembukaan penuh jajaran utamanya,” katanya pada majlis perasmian pembukaan fasa dua Lebuhraya SUKE di Plaza Tol Alam Damai, di sini hari ini.  

Nanta berkata pengguna yang ingin ke pusat bandar dari kawasan Bukit Jalil, Sri Petaling, Desa Petaling serta yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), boleh mengakses Lebuhraya SUKE menjadikannya laluan alternatif bagi menjimatkan tempoh perjalanan. 

“Lebuhraya SUKE fasa dua ini juga akan menghubungkan lima rangkaian lebuh raya lain iaitu Kesas, Besraya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak,” katanya. 

Beliau mengingatkan orang ramai untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak berhenti di tepi Lebuhraya SUKE untuk mengambil gambar dan berswafoto berikutan panorama di lebuh raya itu yang indah. 

Lebuhraya SUKE fasa satu dirasmikan pada September tahun lepas dengan purata penggunaan trafik harian di lebuh raya itu bermula 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini mencecah 65,000 kenderaan. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata segala bukti kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut tengah hari semalam selepas terjatuh dari jejambat SUKE bagi mengelak sebuah lagi motosikal melawan arus, telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut semalam.

“Pihak kami telah mengenal pasti langkah-langkah tambahan dari segi reka bentuk telah memenuhi kriteria dan spesifikasi. Jadi langkah tambahan dari segi keselamatan trafik contohnya tanda amaran tambahan dan papan tanda yang kita akan letak di tempat-tempat strategik untuk menghindari kejadian sama daripada berlaku pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi