web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pahang Komited Kekalkan Status Rizab Biosfera Tasik Chini - Wan Rosdy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 4:01PM

Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan pada tahun 2009 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Pahang komited dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini sebagai tapak biosfera di bawah program Man and the Biosphere.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia selaras dengan kejayaan Tasik Chini mengekalkan status Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut beliau, kejayaan tersebut dicapai menerusi Mesyuarat International Coordinating Council of the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) di Paris, Perancis, semalam.

“Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan pada tahun 2009. 

“Kerajaan Negeri Pahang melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah mengemukakan laporan periodic review selepas 10 tahun 

Hpengiktirafan untuk penilaian semula oleh Sekretariat UNESCO,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas Wan Rosdy, selain NRECC, delegasi negara ke ICC MAB35 itu turut diwakili kerajaan negeri Pahang dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO.

“Mesyuarat ICC MAB35 telah memutuskan bahawa periodic review Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, Pahang telah menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR).

“ICC MAB35 membuat keputusan ini berdasarkan kepada syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) selepas mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pahang bagi menambah baik pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini,” katanya.

Beliau memberitahu, ia mencakupi usaha mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan.

“Keputusan ICC MAB35 ini adalah sangat bermakna kepada kerajaan negeri Pahang dalam mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini,” katanya. 

Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, ICC MAB35 yang berlangsung di Paris, memutuskan untuk mengekalkan status Tasik Chini selepas semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Kerangka Statutori Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) selain mengambil kira syor IACBR.

Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada 2009.

Selain tasik yang terkenal dengan lagenda naga Seri Gumum itu, dua lagi tapak rizab biosfera di Malaysia ialah Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang, masing-masing mendapat pengiktirafan pada 2014 dan 2021. - Getaran, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar