web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Dadah Bernilai RM3.7 Juta Didalangi Warga Iran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 1:50PM

Polis turut merampas 4.2kg syabu, 103.3kg syabu serta 34.7kg ganja dan kesemua dadah yang dirampas dipercayai diseludup dari negara jiran bagi kegunaan pasaran tempatan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Iran kerana disyaki terlibat sindiket pengedaran 143 kilogram (kg) dadah dianggar bernilai RM3.7 juta dalam dua serbuan di ibu negara, pada Selasa lepas.

Polis telah menyerbu dua kondominium di Taman Segambut Aman dan Jalan Ampang, di sini dalam operasi yang bermula sekitar 6 petang hingga 11 malam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua suspek yang ditahan masing-masing berusia 39 dan 48 tahun itu telah bergiat aktif mengedar sejak Mei lepas.

Beliau berkata modus operandi kegiatan mereka adalah dengan menjadikan unit kondominium mewah sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan. 

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini polis turut merampas 4.2kg syabu, 103.3kg syabu serta 34.7kg ganja dan kesemua dadah yang dirampas dipercayai diseludup dari negara jiran bagi kegunaan pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah berkenaan mampu menampung penggunaan seramai 1.4 juta orang pengguna dadah," katanya.

Selain itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Estima dan Perodua Alza serta wang tunai bernilai RM30,500.

“Hasil siasatan mendapati suspek lelaki tempatan merupakan seorang penganggur yang menjadi runnerkepada suspek warga Iran iaitu seorang jurutera duda kepada tiga anak.

"Suspek warga Iran ini telah masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong sejak Mei lepas dan polis percaya suspek adalah pembekal kepada sindiket dadah tempatan dan telah terlibat dengan sindiket ini di Iran sejak 2014," katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah tetapi suspek lelaki tempatan disahkan positif methamphetamine hasil ujian saringan air kencing.

Mohd Shuhaily berkata mereka direman selama tujuh hari sehingga 20 Jun  untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Beliau berkata Polis Kuala Lumpur berharap agar warga kota terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis supaya kegiatan jenayah dan dadah di ibu negara diambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang selamat. 

"Segala maklumat yang berkaitan dengan dadah boleh disalurkan melalui hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222 (24 jam)," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad