web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosmah Sekali Lagi Mohon Pelepasan Sementara Pasport Untuk Ke Singapura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:07PM

Rosmah Mansor memohon untuk melawat anak perempuan sulung beliau yang kini menetap di Singapura selepas berkahwin dengan lelaki warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan pelepasan sementara pasportnya untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarganya di Singapura.

Rosmah memfailkan notis usul itu pada 2 Jun lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co, bagi membolehkannya ke luar negara selama empat minggu bermula 6 Jun sehingga 7 Julai depan.

Dalam notis itu,  isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk melawat anak perempuan sulung beliau yang kini menetap di Singapura selepas berkahwin dengan lelaki warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Rosmah untuk mendapatkan pelepasan sementara pasportnya pada 15 Oktober 2021 untuk melawat Nooryana yang dijangka melahirkan anak kedua di Singapura serta melawat seorang daripada cucunya yang tidak sihat pada 21 Mac lepas.

“Saya dengan rendah diri memohon mahkamah membenarkan pasport antarabangsa saya diambil sementara untuk membolehkan saya menggunakannya bagi melawat anak perempuan saya dan keluarganya di Singapura,” kata Rosmah dalam afidavit sokongannya.

Menurut Rosmah, beliau beraku janji akan menyerahkan kembali pasport itu kepada mahkamah dengan kadar segera atau selewat-lewatnya seminggu selepas pulang dari Singapura.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi, mengesahkan pemfailan permohonan itu dan memaklumkan permohonan akan didengar esok di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Sept 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. Rayuan itu akan didengar selama empat hari bermula 11 Julai ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar