web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11,512 Kediaman RM500,000 Ke Atas Di JB, Iskandar Puteri Tidak Terjual - Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:07AM

Mohd Jafni Md Shukor (kanan) menunjukkan nombor undian pada Majlis Undian Terbuka Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) Taman Kempas Utama di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Skudai, Johor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 11,512 unit pangsapuri perkhidmatan berharga RM500,000 ke atas sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri tidak terjual, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Bagaimanapun, beliau berkata pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing khususnya Singapura susulan harga rumah di republik tersebut dilaporkan sebagai paling mahal di Asia Pasifik tahun ini.

"Pembeli hartanah tempatan tidak perlu khuatir kerana dasar perumahan rakyat Johor telah menetapkan hanya hartanah bernilai RM1 juta ke atas ditawarkan kepada warga asing termasuk dari Singapura," katanya kepada pemberita selepas Majlis Undian Terbuka Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) Taman Kempas Utama di sini semalam.

Mohd Jafni berkata dianggarkan 1,000 unit RTBJ akan dibina dalam tempoh lima tahun selepas projek rintis di Taman Kempas Utama mendapat sambutan luar biasa.

Menerusi program RTBJ, individu terpilih boleh menghuni kediaman itu dengan membayar RM650 sebulan dan RM460 akan ditolak sebagai bayaran sewa manakala RM190 dijadikan simpanan dan selepas lima tahun, simpanan terkumpul akan dijadikan deposit untuk membeli rumah baharu. 

Mohd Jafni juga berkata sebanyak 50 pemaju akan menyertai Expo Perumahan Johor yang bakal berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall selama empat hari bermula 27 Julai depan sekali gus dijangka membantu penjualan kediaman tidak terjual yang siap dibina d negeri itu.

Pada 6 Mei lepas, Mohd Jafni berkata 80 peratus kediaman tidak terjual di negeri itu membabitkan pangsapuri perkhidmatan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad