web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ancaman Keselamatan Israel, PDRM, ATM Pertingkat Tahap Keselamatan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 7:35PM

Acryl Sani Abdullah Sani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil segala langkah yang perlu untuk meningkatkan tahap keselamatan dari semua aspek susulan ancaman keselamatan dikeluarkan Israel.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM memandang serius ancaman diberikan negara Zionis itu, namun pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar terus bertenang.

“PDRM memandang serius ancaman keselamatan oleh Israel terhadap pemimpin Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia, tapi kami minta orang ramai tetap bertenang

"Kami akan terus mengambil langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara,” katanya hari ini.

Menurut pemimpin nombor satu PDRM itu, pihaknya juga sentiasa bersiap siaga dan sentiasa memantau isu terbabit dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Dalam perkembangan sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan akan setiasa memantau aspek keselamatan dan pertahanan bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, tindakan serta langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa juga kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber ATM serta Kementerian Pertahanan.

"Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC).

"BSEP dan CDOC bukan sahaja memperkukuh rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara," katanya.

Menurut beliau, arahan dan langkah  dikeluarkan CDOC yang tular menerusi media sosial sebelum ini adalah arahan amalan biasa sebagai peringatan. - Getaran, 17 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad