web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohamad Sangkal Dakwaan 2 Juta Ahli UMNO Keluar Parti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 12:29PM

Mohamad Hasan menyangkal dakwaan Annuar Musa bahawa dua juta penyokong UMNO meninggalkan parti itu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan Tan Sri Annuar Musa mengenai dua juta penyokong UMNO meninggalkan parti itu.

Beliau turut mengingatkan Annuar yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO agar berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai UMNO meskipun mempunyai hak berbuat demikian.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

"Saya tak tahu dari mana dia dapat angka tersebut. Kalau setakat mendakwa saya pun boleh kata ada dua juta orang yang masuk jadi ahli UMNO. Maka, terpulanglah, kalau syok sangat pun, janganlah sampai begitu sekali, orang boleh fikir.

"Itu berbahaya... (tapi) dia boleh cakap apa sahaja. Memang ada yang keluar, ada mengikut (Annuar) dan ada kecewa (dengan kerjasama Barisan Nasional-Pakatan Harapan) tapi tidaklah sebesar itu jumlahnya. Biarlah orang kata berwaspada dan munasabah," kata Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini, malam tadi. 

Annuar Musa - Gambar fail
Annuar Musa - Gambar fail

Annuar yang kini menyertai PAS ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, Negeri Sembilan mendakwa UMNO telah kehilangan lebih dua juta penyokong sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi, Mohamad yakin kemenangan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan mampu dipertahankan. 

"Isunya sekarang ialah nak pastikan supaya Barisan Nasional dapat bertapak semula dan juga kalau boleh di negeri macam Terengganu dan Kedah.

"Dengan syarat kita kerja kuat, kita tak bertelingkah antara satu sama lain dan masuk PRN dengan strategi tepat... pilih calon yang boleh menangkan kita dan letak calon yang tak dapat dipersoalkan kredibilitinya," katanya. 

Enam negeri yang akan berdepan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad