web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin Perlu Punyai Pengetahuan Apabila Keluarkan Kenyataan - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 9:16PM

Anwar beramah mesra bersama para hadirin pada Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pemimpin di negara ini perlu mempunyai pengetahuan apabila  membuat kenyataan mengenai sesuatu isu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang merujuk kepada isu dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah, berkata sejarah telah tertulis akan perubahan yang berlaku ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan ia perlu dihormati.

“Tradisi membaca itu harus kalau tidak tengok kita perbincangan sekarang Kedah ambil alih Pulau Pinang sebab ada buku sejarah. Sebab itu saya kata ‘pengetahuan yang sedikit boleh menyebabkan seseorang percaya seolah-olah dia lebih pakar dalam sesuatu’ ada juga ‘separuh kebenaran adalah pembohongan mutlak’ .

''Betul tak Kedah miliki Pulau Pinang? Ya, itu dulu. Ada perubahan? Ya. Siapa tandatangani? Sultan Kedah. Bila? Pada tahun 1948, paling akhir 1957. Untuk apa? Untuk menyatakan setiap negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan lain-lain itu menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu,” katanya dalam Program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang di sini hari ini.

Anwar menegaskan pemimpin juga perlu berilmu dan membaca sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau isu.

Katanya, baca buku sejarah itu, bila baca sejarah Siam bagaimana, bagaimana Brunei di Sarawak, Sulu di Sabah dan sebelum itu Kerajaan Sriwijaya.

“Jadi baca, kalau nak jadi pimpinan lebih lagi mencabar…jangan main suara politik picisan, guna ilmu dan selamatkan rakyat,” katanya.

Pada 29 Mei lepas, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad