web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terpengaruh Iklan Kerja Kosong Di Media Sosial Punca Rakyat Malaysia Terperangkap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 5:14PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Terpengaruh dengan iklan kerja kosong melalui platform media sosial yang menawarkan gaji lumayan serta manfaat lain di luar negara menjadi antara faktor terdapat rakyat Malaysia yang pergi bekerja di negara terbabit sehingga “terperangkap” di sana.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli keluarga atau ibu bapa mereka akan melaporkan kepada pihak polis berhubung kehilangan anak mereka atau meminta bantuan supaya anak mereka diselamatkan setelah mangsa berada di luar negara.

"Puncanya adalah terpengaruh dengan kempen dalam media sosial di mana mereka ditawarkan bekerja di luar negara dengan upah lumayan, tempat tinggal selesa, tambang kapal terbang diberikan dan segala macam.

...dan apabila mereka telah sampai ke sana (ke negara terbabit) dapati keadaan mereka lalui tak sama seperti mereka diberitahu, jadi daripada situlah kemudiannya ada yang sempat menghubungi pihak polis," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Semalam Bernama melaporkan ibu kepada Chong Sum Yee, 22, wanita Malaysia yang disyaki hilang di Chiang Mai, Thailand tidak mempercayai video anaknya itu mendakwa dirinya selamat dan sihat.

Ibu wanita itu Chee Choy Won, 50, dipetik sebagai berkata ini kerana akaun Facebook yang menggunakan nama “Moe Aye” yang memuat naik rakaman video anaknya berkenaan tidak dikenali dan dipercayai ia adalah akaun baharu dibuat.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tentang kes kehilangan wanita itu dan setakat ini beliau belum menerima maklumat perkembangan semasa mengenai kes berkenaan.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah melawat tapak projek menggantikan jambatan di kawasan Kampung Sungai Ular dekat sini.

Saifuddin Nasution berkata projek menggantikan jambatan itu melibatkan kos sebanyak RM9.3 juta dan dijangkakan siap pada Oktober 2024 yang sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu serta melancarkan lagi aliran trafik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad