web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Dan JPA Kaji Semula Keputusan Henti Penajaan Bidang Perubatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 3:15PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung keputusan menghentikan penajaan jabatan berkenaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM juga sedia mengkaji semula kajian dilakukan pada 2019 yang mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai 2026 hingga 2030.

"Kita tahu ada perubahan, terutamanya selepas pasca COVID-19 ini, jadi mungkin ada perkara baharu yang perlu dilihat semula pada kajian tersebut, mungkin pada polisi baharu.

"Kita bimbang juga (pelajar tidak berminat nak sambung pelajaran) perkara itu boleh berlaku. Kita akan lihat kajian yang telah dilakukan itu, supaya keputusan terbaik dapat dibuat," katanya kepada pemberita pada selepas merasmikan Majlis Kajian Global Adults Tobacco Survey (GATS) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Pendidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Fariza Ngah.

Beliau berkata KKM mengakui bimbang keputusan tersebut bakal memberi kesan kepada pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat universiti.

Katanya perkhidmatan kesihatan adalah penting justeru profesion seperti doktor dan jawatan lain dalam skim perubatan amat diperlukan di negara ini.

Media melaporkan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan kajian KKM mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

Pada majlis hari ini Dr Zaliha berkata GATS merupakan suatu tinjauan isi rumah berkaitan penggunaan tembakau yang dijalankan di seluruh negara. 

Katanya tinjauan tersebut dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

"Institut Kesihatan Umum (IKU), akan menjalankan GATS buat kali kedua di mana GATS pertama telah dijalankan pada 2011. Pengumpulan data akan dijalankan dari 12 Jun hingga 22 Julai ini," katanya.

Menurut beliau tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan 4.8 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok aktif. 

GATS bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang penggunaan tembakau dan memantau keberkesanan intervensi kawalan tembakau. 

Beliau berkata tinjauan itu akan mendapatkan data berkenaan peratus penggunaan tembakau, rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan, dan indikator-indikator utama kawalan tembakau lain. 

Jelasnya data terkini dan tren penggunaan tembakau daripada GATS akan membantu pihak KKM untuk memperkukuhkan strategi kawalan tembakau di negara ini.

Tinjauan ini akan melibatkan kira-kira 5,000 isi rumah yang dipilih secara rawak di seluruh negara, menyasarkan individu berumur 15 tahun dan ke atas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar