web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 5:43PM

GTM berpendapat penubuhan SEGM itu adalah satu pembaziran dan akan hanya mewujudkan lagi pertindihan kuasa seperti berlaku ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Teksi Malaysia (GTM) mencadangkan supaya kerajaan memperkasa suruhanjaya atau agensi sedia ada untuk mengawal selia industri gig, berbanding menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGM)

Yang Dipertua GTM, Kamarudin Hussain berkata, adalah satu pembaziran jika suruhanjaya berkenaan ditubuhkan, walaupun pihaknya yakin bahawa cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu ialah usaha murni untuk menyelesaikan segala masalah industri terbabit dan menjaga kebajikan penggiatnya.

“Kami berpendapat, penubuhan SEGM itu adalah satu pembaziran dan akan hanya mewujudkan lagi pertindihan kuasa seperti berlaku ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kami dari sektor teksi, lori, bas dan e-hailing tidak mungkin boleh melupakan apa yang pernah kami lalui ketika kewujudan SPAD. Pertindihan kuasa dan sikap angkuh mereka benar-benar memberi impak buruk kepada kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, GTM yakin industri GIG tidak sebesar industri pengangkutan awam darat yang merangkumi perkhidmatan teksi, e-hailing, lori, bas dan tren sekiranya hendak dibandingkan.

“Justeru, kami mencadangkan supaya kerajaan memperkasakan suruhanjaya atau agensi sedia ada untuk mengawal selia industri GIG, daripada mewujudkan satu lagi agensi penguatkuasaan.

“Apapun sebagai seorang daripada rakyat Malaysia yang juga pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, saya menyokong kerajaan Madani dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, media melaporkan cadangan Ahmad Zahid untuk kerajaan segera menubuhkan SEGM, bagi mengawal selia ekosistem industri gig di negara ini.

Memberikan cadangan itu bagi pihak UMNO, Zahid berkata, ia bagi menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi industri berkenaan, bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna.

Beliau berkata, sektor itu kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig sudah berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Tambahan pula lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig ini adalah terdiri daripada anak muda,” katanya ketika memberikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, semalam. - Getaran, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad