web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Empati, Pemahaman Budaya Penting Hadapi Pelbagai Ketidaktentuan - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 5:21PM

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semasa dunia terus dihubungkan menerusi kecanggihan teknologi, pengangkutan, perniagaan dan hubungan peribadi; aspek empati dan pemahaman budaya adalah penting kerana manusia ketika ini berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam titah Diraja yang disampaikan di majlis pengijazahan Asia School of Business bagi kelas Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) 2023 hari ini, baginda bertitah antara ketidaktentuan dan risiko itu adalah yang dicetuskan daripada kecerdasan buatan (AI), geopolitik dan impak daripada krisis iklim.

"Untuk mengemudi umat manusia melalui tempoh yang mencabar ini apa yang kita perlukan, mungkin lebih daripada pemahaman cemerlang perniagaan yang dicapai melalui program MBA anda ini, ialah belas ihsan serta kebersamaan, dan yang paling penting ialah nilai komuniti global.

"Kita perlu sedar mengenai komuniti ini, yang mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini - melebarkan lagi kebimbangan kita, dan melaksanakan tanggungjawab kita bukan sahaja kepada seluruh manusia, tetapi juga kepada seluruh makhluk lain yang hidup di dunia ini, dan kepada planet ini sendiri," titah baginda.

Baginda bertitah perkembangan baharu dalam teknologi seperti yang dicetuskan menerusi AI ketika ini semakin pesat, sehingga menjadikan sesetengah pekerjaan sedia ada kini telah lapuk, manakala pekerjaan yang tidak pernah didengar sebelum ini mula dicipta, disebabkan oleh kadar perubahan pantas yang dihasilkannya.

"Dalam era pasca-pandemik ini, pelbagai bentuk kerja hibrid mulai muncul, manakala penyesuaian berteknologi tinggi lain turut mula diperkenalkan, daripada mesyuarat perniagaan dalam alam maya kepada ejen perkhidmatan pelanggan dipacu AI bagi pemasaran dalam metaverse.

"Generasi anda dan seterusnya akan mendiami dunia inovasi teknologi yang belum pernah dibayangkan ini, yang mungkin agak asing bagi generasi beta dan sebelumnya," titah baginda.

Baginda menegaskan bahawa pembangunan teknologi yang pesat, terutamanya alat AI generatif dan chatbots seperti ChatGPT disanjung sebagai penyelamat umat manusia kerana ia dilihat meningkatkan produktiviti secara besar-besaran, menjimatkan masa dan mencipta kecekapan merentas semua jenis proses, di samping mencetus idea bagi mana-mana penulis yang sedang bergelut dengan rintangan pengarang (writer's block).

Bagaimanapun Sultan Nazrin bertitah AI juga boleh membawa keruntuhan kepada masyarakat kerana ia boleh membentuk semula pelbagai aspek yang berada di luar tempat kerja dalam persekitaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana AI generatif akan terus berkembang, terutama apabila digabungkan pula dengan unsur-unsur kecanggihan lain dalam Revolusi Perindustrian Keempat, ini baru permulaan.

"Oleh itu, empati, etika, kemahiran praktikal dan asas akademik adalah sebahagian daripada warisan yang anda bawa dari sini apabila anda menamatkan pengajian," tambahnya.

Dengan merujuk kepada ucapan pemenang Anugerah Akademi bagi kategori pelakon terbaik Tan Sri Michelle Yeoh di Fakulti Undang-undang Harvard baru-baru ini, Sultan Nazrin memuji nasihat pelakon kelahiran Ipoh itu mengenai "bagaimana untuk terselamat sewaktu jatuh" dan kemudiannya berusaha untuk bangkit semula.

"Jika anda ingin belajar tentang jatuh dan bangkit semula, sama ada secara metafora atau fizikal, saya menggesa anda untuk melihat ucapan Yeoh yang mengagumkan itu. Jadi, selepas banyak pertimbangan, beta memutuskan untuk menawarkan sedikit kata-kata sebagai bimbingan, yang turut mempunyai kaitan dengan perjalanan hidup beta sendiri: teruskanlah belajar," titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Henti Cari Keburukan, Sebar Fitnah Dan Aib - Sultan Nazrin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek