Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Teliti Pendedahan Laporan Sulit Pasukan Petugas Khas Kehilangan Amri Che Mat

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 2:57PM

Saifuddin Nasution Ismali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Kerajaan akan meneliti laporan sulit Pasukan Petugas Khas mengenai kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat, supaya langkah bersesuaian dapat dilakukan berhubung pendedahan laporan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismali berkata beliau akan membawa perkara itu ke peringkat 'lebih atas' lagi dengan melihat kembali langkah yang boleh kerajaan laksanakan dalam proses mendedahkan laporan itu.

"Amri hilang lama dah (dilaporkan pada 2016) bukan semasa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri), tetapi keputusan mahkamah supaya laporan siasatan itu didedah berlaku semasa Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, masa Kerajaan Perpaduan.

"Jadi apabila (pihak) Peguam Negara mengemukakan rayuan, mahkamah kemudian memutuskan penangguhan, saya sudah tentu akan meneliti perkara ini," katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan projek bina baharu bengkel mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Kebangsaan Jabi di sini hari ini.

Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah mengulas laporan sebuah portal berita hari ini mengenai kenyataan aktivis yang mempersoalkan mengenai kehilangan Amri. 

Pada 9 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan isteri Amri iaitu Norhayati Mohd Ariffin secara terhad dalam tempoh 30 hari.

Dalam permohonan itu, Norhayati menuntut antaranya satu pengisytiharan bahawa laporan yang disediakan pasukan petugas khas tidak termasuk dalam takrifan “rahsia rasmi” di bawah Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

Bagaimanapun, pada 7 Jun lepas,  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung perintah mahkamah supaya mengeluarkan laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan Amri kepada Norhayati.

Menjelas lanjut, Saifuddin Nasution berkata jawatankuasa siasatan itu ditubuhkan semasa pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau menolak sebarang dakwaan mengaitkan kerajaan pada masa ini 'sensitif' ataupun 'degil' untuk tidak mendedahkan laporan sulit berhubung kehilangan Amri itu.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution menafikan siasatan polis ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubungan kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang ialah milik Kedah kerana dendam politik.

Sebaliknya beliau berkata siasatan ke atas Muhammad Sanusi dibuat berikutan kenyataannya yang dianggap menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan menegaskan bahawa polis bertindak secara profesional dalam perkara itu. - Bernama

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 26 minit yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi