web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perubahan Iklim Akibat Kerasukan Manusia Ibarat ‘Kiamat Kecil'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 5:53PM

Teks khutbah Jumaat oleh JHEAINS hari ini berkisar kepada alam sekitar dengan perubahan iklim berlaku akibat tindakan rakus dan melampau daripada manusia. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan iklim disebabkan tindakan rakus dan melampau daripada manusia boleh diibaratkan ‘kiamat kecil’ yang memburukkan keadaan alam sekitar.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menerusi teks khutbah Jumaat hari ini menegaskan, ketamakan manusia melakukan penggondolan hutan tanpa kawalan serta pembakaran sesuka hati antara faktor utama flora dan fauna semakin terancam, di sebalik musim kemarau yang sedang melanda negara.

Menurutnya, perubahan iklim mampu menjejaskan kesejahteraan manusia dan alam sekitar, mengancam kelestarian sumber asli termasuk makanan, air dan tenaga, sekaligus menggugat pembangunan serta keselamatan negara.

“Mutakhir ini, negara kita mengalami cuaca panas berpanjangan. Kesan daripada perubahan itu, sebahagian daripada kita mengalami masalah kesihatan seperti demam, batuk, selsema, sesak nafas dan sebagainya. Sebagai orang beriman, kita hendaklah menginsafi bahawa panas, hujan, kemarau, banjir dan perubahan iklim merupakan kehendak Allah.

“Dari sudut lain, fenomena terbabit boleh dianggap sebahagian daripada ujian dan bala Allah. Tahap kesabaran serta keimanan manusia juga diuji dengan perkara itu. Manusia yang sabar seharusnya tidak menyalahkan qada dan qadar. Namun, ketamakan serta kerasukan manusia antara faktor utama kerosakan alam anugerah Allah yang menyebabkan kita menanggung akibatnya,” katanya.

JHEAINS menegaskan, tindakan jenayah terhadap makhluk Allah, termasuk alam sekitar akan memberi kesan besar serta impak negatif terhadap generasi masa depan. - Gambar fail
JHEAINS menegaskan, tindakan jenayah terhadap makhluk Allah, termasuk alam sekitar akan memberi kesan besar serta impak negatif terhadap generasi masa depan. - Gambar fail

Kata teks khutbah itu, ia turut dibuktikan menerusi firman Allah dalam surah ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud, ‘terjadinya pelbagai kerosakan di daratan dan lautan disebabkan tangan manusia. Allah melakukan demikian untuk memberikan pengajaran kepada manusia atas perbuatan yang dilakukan, supaya kembali, yakni bertaubat’.

“Imam Ibnu Kathir menukilkan dalam karyanya menurut pandangan Zaid Rafi’ bahawa antara bentuk fasad atau kerosakan yang berlaku termasuklah kekurangan taburan hujan hingga menyebabkan kemarau dan kekurangan hasil laut. Selain itu, beliau juga berpendapat, kekurangan hasil buah-buahan dan tanaman boleh terjadi disebabkan oleh perbuatan maksiat.

“Isu global ini turut memberikan impak kepada Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa. Keadaan cuaca luar biasa boleh menyebabkan bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan banjir lumpur. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa perubahan iklim yang berlaku diibaratkan kiamat kecil sehingga memburukkan keadaan alam sekitar.

“Hakikatnya, fenomena El Nino bukanlah sesuatu yang baharu bagi negara Malaysia dan lain-lain negara di Asia Tenggara. Ia adalah kemarau panjang sehingga hujan berkurangan, sekali gus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering. Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan ia berlarutan hingga September depan. Oleh itu, kita perlu melakukan persediaan sepatutnya,” katanya.

JHEAINS menegaskan, tindakan jenayah terhadap makhluk Allah, termasuk alam sekitar akan memberi kesan besar serta impak negatif terhadap generasi masa depan.

Sebagai agama universal, teks khutbah itu berkata, Islam mengingatkan agar pelbagai pihak menyedari bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berlaku disebabkan tindak tanduk rakus manusia yang melampaui batas. 

“Sebarang bentuk kezaliman di dunia akan mendatangkan kesan buruk terutamanya untuk kehidupan yang abadi pada akhirat kita kelak. Sebelum melakukan sesuatu terhadap alam, hendaklah diperiksa terlebih dahulu buruk baiknya. 

“Bak kata peribahasa, “jangan sampai sesat barat, sepuluh kali diukur sekali dikerat.” katanya. - Getaran, 9 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad