web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tuntutan Palsu Azlan Man Di Kangar Dibicara Bersama Kes Amla Di Mahkamah Kuala Lumpur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 3:23PM

Azlan Man (dua, kanan) hadir untuk sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes tuntutan palsu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Mahkamah Sesyen Kangar akan dibicarakan bersama lima lagi kes menerima wang hasil aktiviti haram yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.

Ini berikutan keputusan Hakim Azura Alwi, yang membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong supaya kelima-lima pertuduhan tuntutan palsu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk didengar bersama lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram mengikut Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

"Pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes tersebut kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A KTJ. Kami juga memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan kerana difahamkan pihak pembelaan berhasrat untuk menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC)," kata Lim.

Peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan tidak membantah permohonan pendakwaan untuk menggabungkan kesemua kes berkenaan dan mengesahkan menerima kesemua dokumen berkaitan selain memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dokumen serta mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam berkenaan representasi tersebut.

Terdahulu, Azlan, 64, berkemeja biru mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dibacakan semula di hadapan Azura, yang kemudiannya menetapkan 8 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Pada 10 April lepas, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

Mengikut kesemua pertuduhan, Azlan sebagai ejen Kerajaan Negeri Perlis iaitu Menteri Besar Perlis didakwa menggunakan beberapa dokumen mengandungi butiran palsu bagi membuat tuntutan kemudahan Cuti Seberang Laut ke London, United Kingdom sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut tersebut.

Dokumen itu antaranya invois dan sebut harga tiket penerbangan pergi balik dan hotel penginapan yang dikeluarkan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd, selain Pesanan Kerajaan Negeri Perlis (borang AM 75E) yang didakwa digunakan bagi membuat tuntutan kos tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan di sini, antara Disember 2013 hingga Disember 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 12 April, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini, antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar