web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Berjaya Selesai Isu Persempadanan Maritim Libatkan Laut Sulawesi, Selat Melaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 2:13PM

Anwar (kiri) dan Jokowi mengadakan lawatan ke Pasar Chow Kit, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia berjaya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka yang tertangguh selama 18 tahun menerusi hubungan akrab serta kesepakatan pemimpin kedua-dua negara. 

Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Rabu, turut berharap proses rundingan bagi isu perbatasan (persempadanan) lain dapat diselesaikan segera. 

“Di Malaysia, harap perdana menteri Anwar (Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan di Indonesia presiden masih Jokowi. 

“Yang pasti sudah banyak disampaikan Anwar, yang pertama saya menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan laut di Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka setelah 18 tahun proses rundingan.

“Selepas 18 tahun berjaya diselesaikan Alhamdulillah, Anwar dibantu para menteri,” katanya dalam sidang akhbar bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana di sini pada Khamis.  

Rundingan sempadan di Laut Sulawesi dan bahagian paling selatan Selat Melaka telah dilakukan sejak 2005. 

Jokowi bersalam dengan salah seorang penjual ikan di Pasar Chow Kit, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Jokowi bersalam dengan salah seorang penjual ikan di Pasar Chow Kit, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Dalam pada itu, Anwar pula turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Jokowi memberi kerjasama untuk memudahkan proses penyelesaian isu persempadanan itu.

“Ini hubungan sangat akrab serta memudahkan dan saya berbangga dengan pimpinan dua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun,” katanya. 

Mengenai perlindungan yang diberikan kepada pekerja migran Indonesia, Jokowi menghargai komitmen Anwar dalam memperkukuh aspek perlindungan terhadap rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

“Saya dan Anwar sepakat untuk membentuk mekanisme khusus bilateral untuk menyelesaikan masalah berkaitan pekerja migran Indonesia,” katanya.

Jokowi turut menyuarakan tekad untuk melawan diskriminasi terhadap komoditi kelapa sawit dan komoditi lain yang dihasilkan kedua-dua negara yang merupakan negara pengimport terbesar kelapa sawit.

“Kolaborasi semacam ini harus diperkuat jangan sampai komoditas (komoditi) yang dihasilkan oleh Malaysia dan Indonesia didiskriminasi di negara lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan