web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tembak Mati 2 Suspek Kes Pecah Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 11:17AM

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri selepas suspek yang disyaki warga asing cuba menyerang polis menggunakan parang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menembak mati dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Supreme, Cheras dekat sini, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri selepas suspek yang disyaki warga asing cuba menyerang polis menggunakan parang.

Beliau berkata terdahulu, kehadiran mereka dan dua lagi rakan disedari sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ketika melakukan rondaan di lokasi kejadian kira-kira 3.30 pagi.

Menurut Mohd Shuhaily bagaimanapun dua rakan berkenaan berjaya melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Hasil pemeriksaan menemukan beberapa peralatan pecah rumah seperti parang dan pemotong besi. Sehubungan itu, polis sedang giat mengesan dua lelaki yang berjaya melarikan diri itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. 

Beliau berkata mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad