web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Luar Bilik Darjah Dibenarkan Semula, Tapi Perlu Kebenaran Ibu Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 5:41PM

Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah yang sebelum ini ditangguhkan susulan cuaca panas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah yang sebelum ini ditangguhkan susulan cuaca panas.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili berkata, kebenaran itu berkuat kuasa mulai semalam.

“Mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.

“Kebenaran ini adalah berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, semua institusi pendidikan di bawah KPM yang melaksanakan aktiviti luar bilik darjah perlu memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

“Selain itu, menggalakkan murid memakai pakaian bersesuaian dan berwarna cerah, selain menerangkan kepada mereka langkah pencegahan, simptom dan tindakan rawatan.

“Kemudahan penyejukan seperti kanopi, ais, tuala basah perlu disediakan di bawah garis panduan berkenaan dan Murid digalakkan membawa air minuman dan minum sebelum, semasa dan selepas aktiviti diadakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak sekolah juga perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas, selain membenarkan waktu rehat tambahan yang mencukupi.

Katanya, jika suhu cuaca melebihi 35°C, semua aktiviti luar yang sedang berlangsung perlu ditangguhkan.

Terdahulu, pada 5 Mei lalu, semua institusi pendidikan di bawah KPM diarah menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.

KPM memaklumkan, larangan itu mencakupi aktiviti seperti merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah. – Getaran, 7 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar