web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Implikasi Kewangan Pinjaman Cagaran KWSP Gagal Dilunaskan Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 10:27AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Implikasi kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 (FSA2) gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang turut meminta penjelasan berhubung jumlah pemohonan yang telah diterima bagi fasiliti pinjaman itu, pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula ingin tahu langkah yang diambil bagi mengangkat martabat makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh dan laksa sebagai makanan kebangsaan agar status itu tidak boleh dituntut oleh negara lain.

Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) dijangka meminta penjelasan tentang sokongan dan inisiatif yang diberikan Malaysia kepada kerajaan Afghanistan, khususnya dalam aspek pemerkasaan wanita dan kanak-kanak di negara itu.

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang telah pun dibahaskan oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 juga dijangka dibaca buat kali kedua hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad