web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Setahun Edward Nyatakan Hasrat Mahu Mandi Sungai - Sepupu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 5:14PM

Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Kanak-kanak berusia lapan tahun, Edward Grang Jenggut yang ditemukan lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat sudah setahun menyatakan hasratnya untuk mandi di sungai kepada ibu dan bapanya.

Sepupu mangsa Martinus Tanjong, 33, berkata bapa Edward memberitahunya bahawa anaknya teringin mandi-manda di sungai jadi mereka mengambil peluang cuti sekolah untuk beriadah bersama keluarga besarnya.

“Kami telah sampai ke sini pada Jumaat lepas tapi kami ambil keputusan untuk mandi di sungai pada keesokkannya. Ketika kejadian tersebut kira-kira pukul 4 petang, saya dan Edward (mangsa) mandi bersama-sama tapi saya dalam kedudukan berpaling darinya. 

Apabila toleh ke belakang, mangsa telah hilang tanpa dengar jeritan atau percikan air seperti meminta tolong walaupun ketika itu banyak orang awam yang turut mandi di kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pos kawalan pasukan penyelamat di sini hari ini.

Martinus berkata dia mencari mangsa di sekitar kawasan itu namun tiada sahutan dan terus memberitahu kepada bapanya.

“Kami terus menelefon bomba untuk dapatkan bantuan dan kami bersyukur kerana mangsa telah ditemui pada hari ini,” katanya.

Martinus menyifatkan mangsa sebagai seorang yang baik dan sentiasa mendengar kata.

Katanya, mereka sering bermandi-manda di sungai ini kerana airnya yang jernih dan paras air yang tidak tinggi.

“Kami sudah datang ke sini kira-kira tiga kali, tapi kami selalu mandi di belah atas dan ingin mencuba menukar angin mandi di sebelah bawah,” katanya.

Sementara itu, keluarga dan waris mangsa yang hilang sejak Sabtu dibenarkan berkumpul di lokasi kejadian sejak empat hari lepas dan diberi sumbangan makanan serta minuman oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu, mayat Edrward ditemukan di Sungai Bernam 7.3 kilometer dari lokasi kejadian tersangkut pada kayu oleh seekor anjing pengesan dalam misi SAR kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi.

Pengecaman mayat dilakukan ibu bapa mangsa di Hospital Slim River. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Kilang EV Pertama Proton Cipta Sejarah, Pacu Industri Automotif Negara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad