web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Suku Semaq Beri Ikut Adat Kembali Ke Hutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 10:46AM

20 keluarga Orang Asli suku Semaq Beri telah berpindah ke dalam hutan berikutan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Fenomena cuaca panas yang melanda negara pada masa ini, menyebabkan sekumpulan Orang Asli suku Semaq Beri di sini, meninggalkan perkampungan mereka dan berpindah ke dalam hutan.

Menurut Hitam Keladi, 60, sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dekat sini, dan berpindah ke dalam hutan di sekitar Tasik Kenyir pada setiap kali musim panas.

Dia bersama 20 keluarga yang lain berbuat demikian kerana keadaan di dalam hutan lebih sejuk, selain mampu mengurangkan risiko anak kecil mereka diserang demam panas. 

Mereka sudah tiga bulan meninggalkan kediaman dan akan kembali semula ke Sungai Berua apabila keadaan cuaca semakin baik. - Gambar oleh Sairien Nafis
Mereka sudah tiga bulan meninggalkan kediaman dan akan kembali semula ke Sungai Berua apabila keadaan cuaca semakin baik. - Gambar oleh Sairien Nafis

"Lebih teduh untuk kami tinggal di dalam hutan ini, lebih berangin dan lebih sejuk. Kami bukan lari dari rumah ... tapi untuk lebih keselesaan. Anak-anak kecil kami pun kurang demam apabila berada di sini, duduk dalam hutan boleh sihat sikit.

"Kami bukan menetap di suatu tempat sahaja di dalam hutan ini, tetapi akan berpindah-randah. Lagipun disebabkan kerja kami seperti cari kayu dan jalan di tepi sungai untuk cari makan," katanya ketika ditemui di sini.

Hitam yang juga ketua puak di penempatan sementara itu berkata mereka sudah tiga bulan meninggalkan kediaman dan akan kembali semula ke Sungai Berua apabila keadaan cuaca semakin baik.

Sementara itu, Sahak Samak, 41, juga daripada suku sama berkata pilihan untuk tinggal di hutan pada musim panas sama seperti menghidupkan kembali adat nenek moyang mereka.

"Ini adat dan cara kami …. Kami bukan saja-saja masuk, kami tidak boleh tinggalkan adat orang-orang tua kami yang suatu masa dahulu, memang semuanya tinggal di dalam hutan.

"Sekarang, jarang-jarang kami masuk untuk tinggal di sini. Pada masa-masa tertentu sahaja terutamanya ketika cuaca panas melampau atau waktu banjir, nanti sampai masa kami balik semula ke kampung," katanya. 

Menurut Sahak, selain di sekitar Tasik Kenyir, mereka juga turut menetap di beberapa kawasan hutan lain iaitu di Sungai Cendana dan Taman Negeri Terengganu.

Kawasan penempatan Orang Asli Semaq Beri di Sungai Berua diwujudkan lebih 35 tahun lepas setelah mereka dipindahkan dari Tasik Kenyir berikutan pembinaan loji air dan pembangunan di tasik berkenaan. 

Semaq Beri atau bermaksud kaum hutan kebiasaannya akan masuk ke hutan mencari hasil seperti rotan dalam tempoh tidak lebih dua minggu dan kemudiannya akan pulang semula ke kediaman mereka. 

Lazimnya, suku yang menggunakan dialek Terengganu itu secara tradisinya akan berpindah jauh ke dalam hutan bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku termasuk serangan wabak penyakit. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar