Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perlu Konsisten Dalam Tingkatkan Kerjasama Untuk Mendepani Krisis Global

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 7:08AM

Nga Kor Ming (kiri) kini berada di Nairobi, Kenya, untuk Perhimpunan Habitat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) 2023 . - Gambar dari Facebook KPKT Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata keperluan untuk sentiasa konsisten dalam meningkatkan kerjasama harus ditekankan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030 terutamanya ketika berhadapan krisis global.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara pada sesi kedua Perhimpunan Habitat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) 2023 yang berlangsung di Nairobi, Kenya dari 5 hingga 9 Jun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) malam tadi, Nga berkata pada sesi itu beliau telah berkongsi mengenai dasar dan amalan terbaik agenda pembangunan mampan yang dilaksanakan dalam tiga komponen utama iaitu agenda perumahan, pengurusan sisa pepejal dan inisiatif kelestarian yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia.

“Malaysia menegaskan komitmen negara dalam menyediakan perumahan mencukupi, berkualiti dan mampu milik seiring dengan Dasar Perumahan Negara yang menyasarkan penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025.

Sehingga kini Malaysia telah membina kira-kira 250,000 unit dan kadar pemilikan perumahan kebangsaan melebihi 77 peratus,” katanya.

Nga berkata Rangka Kerja Ekonomi Kitaran Dalam Pengurusan Sisa Pepejal akan menjadi panduan dalam pengurusan “Waste to Energy” dengan menggunakan teknologi baharu dan penyelesaian bersepadu, manakala “Waste to Gold” pula akan meningkatkan kadar kitar semula daripada 33 peratus kepada 40 peratus menjelang 2025.

“Malaysia juga melaporkan mengenai status semasa dalam kemampanan alam sekitar melalui Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) yang menyasarkan peningkatan biodiversiti dan liputan hutan daripada 43 peratus kepada 50 peratus dengan menghubungkan semula hutan dan penyediaan 11,773 taman awam dan penanaman 100 juta pokok bagi 2025,” katanya.

Selain itu, Nga turut menyampaikan ucaptama dalam program sampingan bertajuk “The Need for Balance: Affordable Living and Adequate Affordable Housing for All”, dan beliau berkongsi inisiatif perumahan di Malaysia termasuk penyediaan, pemilikan, pembiayaan dan program perumahan yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia khususnya kepada golongan B40 dan M40.

Program berkenaan turut diwakili beberapa panel dari Pakistan, Kenya dan Emiriah Arab Bersatu serta pakar perumahan dari UN Habitat.

Dalam pada itu, Nga juga merasmikan Rumah Malaysia iaitu reruai Malaysia di Perhimpunan UN Habitat 2023 yang mengetengahkan produk dan perkhidmatan KPKT terutama perumahan dan pengurusan sisa pepejal.

Delegasi Malaysia yang diketuai Nga merupakan antara dua negara yang dipilih untuk bertemu Presiden Kenya Dr William Samoei Ruto pada sesi persidangan kali ini.

“Malaysia akan turut mengadakan sesi bilateral dengan beberapa negara ahli UN Habitat seperti China, Emiriah Arab Bersatu, Columbia, Mesir dan lain-lain,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Sukan 57 minit yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 4 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 8 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James