web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Hantar Usul Tergempar LCS Minta Dibahas Dewan Rakyat Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 9:07PM

Syed Saddiq memaklumkan beliau telah menghantar satu usul tergempar berkenaan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang semula esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, beliau sudah menghantar satu usul tergempar berkenaan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang semula esok.

Beliau berkata, usul itu sudah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat lalu ke alamat di Parlimen.

Menerusi usul itu yang dikongsikannya di Twitter, Syed Saddiq mengemukakan permohonan terbabit di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Saya Ahli Parlimen Muar mohon untuk mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat seperti berikut, iaitu ‘Bahawa Dewan yang mulia ini untuk membahaskan suatu usul berkenaan projek pembinaan enam LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Projek pembinaan dan pembekalan enam kapal LCS sudah bermula sejak 2011 dan selepas 12 tahun, pihak BNS masih gagal menyiapkan satu kapal.

“Kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM6 bilion wang negara bagi menampung perbelanjaan membeli peralatan untuk pembinaan kapal dan terkini, kos pembinaan kapal-kapal terbabit naik ke RM11.2 bilion untuk lima kapal LCS,” katanya.

Usul dikemukakannya itu turut menyentuh mengenai situasi sehingga kini yang masih belum ada pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, selain pihak kerajaan perlu bersifat telus sekiranya terdapat salah laku atau penyalahgunaan dana sepanjang projek terbabit berjalan.

“Isu projek pembinaan kapal-kapal LCS ini membabitkan kedaulatan negara, melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Yang di-Pertua, saya merayu agar usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat ini diteliti, diterima dan dibahaskan semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas,” katanya.

Terdahulu, pembinaan kapal LCS mencetuskan kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 7 Ogos 2022 mendedahkan, tiada seunit pun pengangkutan itu sudah disiapkan walaupun kerajaan membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS.

Wong Kah Woh
Wong Kah Woh

Pengerusi PAC ketika itu, Wong Kah Woh berkata, terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu, malah pihaknya mendapati, BNS tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek berkenaan.

Laporan PAC turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek LCS, antara perolehan terbesar negara yang digariskan di bawah Pelan Transformasi Armada 15 hingga 5 TLDM.

Pembongkaran skandal LCS turut memaksa kerajaan ketika itu mendedahkan laporan audit dan laporan forensik berkaitan projek berkenaan, sekali gus kemungkinan wujud penyelewengan dana kerajaan sepanjang projek berkenaan berjalan.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan kemudian mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan, sudah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih BNS, sebagai anak syarikat kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, Mohamad berkata, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Manakala, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak mempunyai pilihan, selain mengambil alih BNS supaya projek kapal terbabit dapat diselesaikan.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan sudah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS.

“Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan, termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan proje,” katanya. – Getaran, 5 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad