Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aksi Superman, Langgar Lampu Merah, Remaja Lelaki Maut Rempuh Kereta

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:08PM

Seorang remaja lelaki yang melakukan aksi 'superman' maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas, hari ini. - Tangkap layar dari video tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -  Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Muhammad Akid Mat Rozi, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah manakala pemandu kereta Proton Persona iaitu remaja lelaki berusia 18 tahun cedera di tangan kiri.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dari arah Batu Maung telah melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta yang sedang membelok ke kanan di laluan berkenaan.

“Kemalangan itu berlaku ketika cuaca hujan dan pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut serta saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut  bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Rizal mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Video kemalangan itu turut tular di media sosial dan berdasarkan video berdurasi 16 saat tersebut,  mangsa dilihat menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ dan  sedang bersaing bersama seorang rakannya. - Bernama

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 20 jam yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk