web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Teliti Isu Kekurangan Petugas - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 6:24PM

Dr Zaliha Mustafa menerima replika kunci daripada Abdul Rahman Mohamad (dua, kiri) pada majlis penyerahan Projek Klinik Kesihatan Jenis 7 di Klinik Kesihatan Mata Ayer, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Isu kekurangan petugas membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang diteliti mengikut keperluan jawatan berkenaan seperti doktor dan jururawat, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata keperluan penempatan petugas juga telah dikenal pasti supaya tidak berlaku lebihan ramai petugas di sesebuah hospital dan klinik kerajaan.

"Sebenarnya kalau kita tengok masalah kekurangan petugas ini bukan satu hospital sahaja. Memang kita kenal pasti ada kekurangan tetapi sedang diteliti dan kita pun ada buat 'mapping' tentang keperluan petugas terbabit.

"Kita memang mengambil berat mengenai isu ini dan tindakan segera akan diambil mengenai hal yang dikemukan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Jenis 7 di Klinik Kesihatan Mata Ayer di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dilaporkan berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan terutamanya doktor dan jururawat yang dianggarkan hampir 2,800 staf.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) berhubung jawatan kontrak, beliau berkata pihaknya akan melanjutkan tempoh kontrak setahun lagi kepada mereka yang terlibat.

"Jika ada kekosongan kita boleh serap ke dalam perjawatan tetap, jadi buat sementara waktu kita ambil langkah melanjutkan dulu kontrak mereka," katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata lima Klinik Kesihatan Jenis 7 di Kelantan mula beroperasi pada 2 Julai depan dengan kos keseluruhan berjumlah RM32.05 juta.

Klinik terbabit adalah Klinik Kesihatan Mata Ayer dan Klinik Kesihatan Kerilla di Machang; Klinik Kesihatan Karangan dan Klinik Kesihatan Peria di Kuala Krai; serta Klinik Kesihatan Sokor di Tanah Merah.

"Kesemuanya merupakan klinik desa berstatus daif yang dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan Jenis 7 dan bakal menawarkan perkhidmatan seperti Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pesakit Luar, Rawatan Kecemasan, Makmal Perubatan Asas dan Farmasi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad