web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Curi Kenderaan: 1,225 Individu Ditahan, ‘Polis Seru Masyarakat Ambil Langkah Pencegahan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 5:58PM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan aktiviti curi kenderaan menerusi penahanan 1,225 individu, dengan membabitkan nilai rampasan RM20.3 juta dalam tempoh empat bulan awal tahun ini.  - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan aktiviti curi kenderaan menerusi penahanan 1,225 individu, dengan membabitkan nilai rampasan RM20.3 juta dalam tempoh empat bulan awal tahun ini. 

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM berkata, tindakan proaktif itu diambil menerusi Op Lejang yang menyaksikan 6,709 kertas siasatan sudah dibuka. 

Katanya, Bahagian D4 melaksanakan 1,049 serbuan menerusi operasi itu, sebelum membuat tangkapan ke atas 1,225 orang yang mencuri kenderaan, selain merampas wang tunai RM502,865 daripada sindiket yang menjalankan aktiviti terbabit.

“Siasatan lanjut mendapati nilai rampasan kenderaan dianggarkan RM19.8 juta membabitkan 847 kenderaan rampasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujarnya, secara keseluruhan, operasi dijalankan mampu menyelesaikan 1,658 kes dan daripada jumlah itu, 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan dituduh di mahkamah.

“Polis menyeru masyarakat mengambil langkah pencegahan dengan menambah ciri keselamatan pada sistem kenderaan.

“Berdasarkan kajian dijalankan, sindiket ini tidak mencuri kenderaan yang dilengkapi sistem tambahan,” katanya. 

Menerusi kenyataan sama, Pengarah JSJ Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menasihati orang ramai agar tidak menangguhkan proses membuat laporan polis sekiranya kenderaan mereka dicuri.

“Masyarakat juga diingatkan mengelak daripada meletakkan kenderaan di kawasan tidak dipasang dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV). 

“Pada masa sama, pelbagai pihak perlu sentiasa melakukan ujian keberkesanan pada sistem penggera kenderaan anda,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad