Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Minta Perlembagaan Dipinda: Sanusi Terus Dihentam, ‘Itu Polemik Politik PN’

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 2:32PM

Pulau Pinang - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaannya bahawa Pulau Pinang milik Kedah, dianggap sekadar polemik politik ciptaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong berkata, tindakan itu juga membuktikan pembangkang bergantung kepada kenyataan berunsur provokasi dan ekstremis semata-mata, demi menarik sokongan rakyat. 

Menurutnya, ia turut mempamerkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, sememangnya tidak memahami Perlembagaan Persekutuan apabila mencadangkan agar undang-undang tertinggi negara berkenaan, dipinda bagi menyokong dakwaan Pulau Pinang kepunyaan Kedah.

Tan Chee Hiong (tengah). - Gambar dari Facebook Tan Chee Hiong
Tan Chee Hiong (tengah). - Gambar dari Facebook Tan Chee Hiong

“Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi yang melindungi hak setiap warganegara dan negeri.

“Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada penubuhan negara menyatakan bahawa setiap negeri mempunyai kedaulatan tersendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, Muhammad Sanusi meminta supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, kajian sejarah dan akademik menyokong dakwaan beliau bahawa Kedah memiliki Pulau Pinang, malah generasi sekarang perlu membetulkan ‘sejarah yang dijulingkan’ serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

Jelasnya, beliau tidak boleh menerima dakwaan mempersoalkan kefahamannya mengenai Perlembagaan Persekutuan atau beliau mempertikai kandungan dalam dokumen undang-undang itu, mengganggu kedaulatan Pulau Pinang dan mengurus hati rakyat negeri ditadbir DAP berkenaan.

 Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail
Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Chee Hiong menegaskan, Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dipinda hanya disebabkan kehendak individu, pertubuhan mahupun parti politik tertentu. 

Tambahan, ia menjadi satu serangan politik apabila dilakukan semata-mata atas kepentingan peribadi. 

“Rakyat diminta jangan terpengaruh dengan kenyataan disifatkan sebagai ancaman terhadap perpaduan nasional itu.

“Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan perselisihan dalam masyarakat dan memecahbelahkan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan Muhammad Sanusi berhubung Pulau Pinang masih hak Kedah.

Perdana Menteri berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya terikat dengan aspek perundangan dan faham mengenai Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian Perlembagaan Persekutuan yang sudah diperkenan semua Raja Melayu, termasuk Sultan Kedah dalam isu terbabit.

Baru-baru ini, Muhammad Sanusi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak memiliki sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah, malah mengatakan negeri dikenali sebagai jelapang padi berkenaan hanya mempunyai sempadan dengan Perak serta Perlis. - Getaran, 3 Jun 2023.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP