web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Bayi Perempuan Dikasari Berlaku Di Pusat Jagaan Di Batu Caves

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:38AM

Satu laporan polis telah dibuat ibu bayi tersebut pada hari yang sama, selepas mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada paha dan pipi anaknya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden dalam satu video berdurasi satu minit 32 saat yang tular hari ini di laman sosial, memaparkan seorang bayi perempuan dikasari, merupakan kejadian yang berlaku pada 21 Mei lepas, di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Samudera, Batu Caves di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata satu laporan polis telah dibuat ibu bayi tersebut pada hari yang sama, selepas mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada paha dan pipi anaknya.

“Pihak polis telah menahan seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun, yang merupakan pengasuh di pusat jagaan tersebut dan suspek telah dituduh di Mahkamah Selayang pada 30 Mei.

“Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001, suspek mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun, serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Noor Ariffin berkata pemilik pusat jagaan tersebut, turut dituduh di bawah Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak 1984, namun suspek tidak mengaku salah dan sebutan semula kes pada 7 Ogos.

“Bagi pertuduhan di bawah Undang-Undang 3, Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007, suspek mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen berhubung video tular terbabit yang boleh mendatangkan kemudaratan awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar