web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Tetapkan 19 Jun Untuk Dengar Rayuan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang, Putrajaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:28PM

Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan BN mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kerusi parlimen Putrajaya dan Gua Musang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi parlimen Putrajaya dan Gua Musang.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, ketika dihubungi Bernama mengesahkan tarikh berkenaan.

Naib Ketua Bahagian Umno Putrajaya Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim menfailkan petisyen pilihan raya untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kerusi parlimen Putrajaya, manakala Mohd Azmi Mahmood, mewakili calon BN Tengku Razaleigh Hamzah menfailkan petisyen bagi kerusi parlimen parlimen Gua Musang.

Mohd Radzi memenangi kerusi parlimen Putrajaya dengan menewaskan penyandang empat penggal Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional dengan majoriti 2,310 dalam pertandingan enam penjuru.

Beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional dalam PRU15.

Sementara itu calon PAS Datuk Mohd Azizi Abu Naim memenangi kerusi parlimen Gua Musang pada PRU15 dan memperoleh 1,826 undi, menewaskan Tengku Razaleigh.

Dua Mahkamah Tinggi berasingan masing-masing telah membatalkan petisyen pilihan raya itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Mohd Radzi dan Mohd Azizi.

Pada 10 Mac lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Mohd Radzi untuk membatalkan petisyen itu selepas memutuskan bahawa Ahmad Faisal gagal membuktikan bahawa amalan rasuah dilakukan sama ada Radzi atau ejennya.

Terdahulu pada 26 Feb Mahkamah Tinggi Kota Bahru menolak petisyen Mohd Azmi selepas memutuskan petisyen itu difailkan di luar tempoh masa yang dibenarkan iaitu 28 hari seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ahmad Faisal dan Mohd Azmi kemudiannya memfailkan rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Dalam petisyen itu Ahmad Faisal memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Mohd Radzi tidak sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Putrajaya, dengan mendakwa wakil Perikatan Nasional itu memberi RM150 kepada pengundi sebagai dorongan untuk mereka mengundi Mohd Radzi.

Sementara itu Mohd Azmi dalam petisyennya memohon untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi kawasan parlimen Gua Musang tidak sah, dan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

3

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar