web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 7:16AM

Seorang bayi lelaki ditemui dengan keadaan dihurung semut dalam sebuah kotak di Hentian Bas Taman Kota Wira, Taiping pagi semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang bayi lelaki ditemui dengan keadaan dihurung semut dalam sebuah kotak di Hentian Bas Taman Kota Wira, Taiping pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata bayi malang itu yang dibaluti dengan tuala, ditemui oleh seorang wanita yang memberhentikan kenderaan untuk mengambil barang di dalam bonet kereta, kira-kira pukul 10 pagi.

“Semasa wanita itu turun dari keretanya, beliau terdengar bunyi bayi menangis di hentian bas berkenaan sebelum menjumpai bayi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata bayi itu telah dikejarkan ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan oleh doktor mendapati bayi berkenaan cukup sifat dan matang seberat 2.62 kilogram.

Razlam berkata bayi itu mengalami masalah pernafasan laju, serta memerlukan intubasi dan mempunyai ciri-ciri kurang air dalam badan dan  telah diberikan rawatan dan antibiotik.

“Keadaan bayi kini stabil dan masih dirawat di unit rawatan intensif neonatal (NICU),” katanya.

Razlam berkata polis sedang mengenal pasti suspek yang membuang bayi itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad