web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penting Guna Saluran Perdagangan Betul Eksport Durian Lindungi Pekebun Tempatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:24PM

Beberapa akhbar Cina tempatan sebelum ini melaporkan, durian Musang King di Raub kini dijual kepada pemborong dari Thailand dengan cara memetik dari pokok pada peringkat matang - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang memantau rapi isu peniaga asing yang membeli durian tempatan dengan harga tinggi di Pahang baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan bagi melindungi kepentingan pekebun durian di negara ini.

“Saya ingin mengulangi bahawa kementerian ini sentiasa berusaha dan memudahkan proses mendapatkan kelulusan pengeksportan buah durian segar ke China,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beberapa akhbar Cina tempatan sebelum ini melaporkan, durian Musang King di Raub kini dijual kepada pemborong dari Thailand dengan cara memetik dari pokok pada peringkat matang.

Laporan itu turut menyebut, ramai pengusaha dan pekebun durian tempatan tertarik dengan tawaran tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk harga borong lebih tinggi, pemasaran yang lebih luas dan menjimatkan kos pemprosesan dan tenaga kerja.

Mengulas lanjut, Foong Hin berkata, beliau berharap pihak yang mahu proses perbincangan mengenai eksport buah durian segara ke China dipercepatkan, supaya bersabar kerana rundingan teknikal dua hala itu memerlukan sedikit masa.

“Adalah penting bagi kita untuk menggunakan saluran perdagangan yang betul untuk mengeksport durian bagi memastikan pekebun tempatan tidak rugi dalam tempoh jangka masa panjang.

“Malah ia bagi melindungi reputasi dan nama jenama Musang King daripada dieksploitasi oleh pasaran lain,” katanya.

Pada masa sama, Foong Hin berkata, beliau amat mengambil berat mengenai beberapa isu dan cabaran yang dibangkitkan pekebun tempatan.

“Saya percaya pekebun memahami bahawa durian Malaysia mempunyai kelebihan semula jadi di pasaran antarabangsa kerana kualiti premiumnya. Saya tidak perlu berkata lebih.

“Pejabat saya akan membuat tindakan susulan mengenai perkara ini dengan agensi berkaitan di bawah KPKM bagi melindungi mata pencarian pekebun kita,” katanya.  – Getaran, 31 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan