web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAHB Beroperasi Kapasiti Penuh, Jangka 31,600 Pengembara Musim Haji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 12:45PM

Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia, untuk Mei hingga Julai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) beroperasi pada kapasiti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara susulan musim haji ini dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal dalam kenyataan berkata peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia, untuk Mei hingga Julai.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Arab Saudi meneruskan inisiatif ‘Makkah Route’ atau Laluan Mekah yang memberi kemudahan prapelepasan imigresen Arab Saudi kepada jemaah haji negara di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus mengurangkan masa menunggu.  

“Pelan operasi kami untuk musim haji adalah merangkumi semua, kerana kami mahu memberi pengalaman lapangan terbang terbaik kepada jemaah.

“Kami menyediakan ruang rehat khas di Pintu C16 dan C17 untuk proses prapelepasan ini yang dikendalikan oleh pegawai imigresen daripada kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata ruang rehat itu boleh memuatkan 500 orang selain turut terdapat perkhidmatan buggy daripada Pintu C11 ke ruang rehat tersebut.

Selain itu, katanya, 114 penerbangan sewa khas oleh MAHB dan Saudi Airlines akan digunakan untuk membawa jemaah haji dengan tujuh lapangan terbang iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Kedah), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kelantan) dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Terengganu) terlibat dalam operasi bersama Lembaga Tabung Haji itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ratusan Kipas Kabus Dipasang Demi Keselesaan Jemaah Haji

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tiba Di Tanah Suci Naik Motosikal Berkuasa Tinggi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad