web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Pulihara Sampah Haram Twin Palms, Tasik Black Water Boleh Cecah Puluhan Juta Ringgit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:00AM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Kos pemuliharaan tapak pelupusan sampah haram di Twin Palms, Sungai Long serta Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras boleh mencecah puluhan juta ringgit, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata bagi Twin Palms, ia mengalami masalah pengeluaran gas metana kerana berlakunya pembakaran di kawasan itu yang secara tidak langsung bau sampah menghasilkan gas tersebut dan masalah pereputan sampah itu dihidu penduduk setempat.

“Jadi kalau hendak jangka panjang untuk menyelesaikan masalah gas metana itu, gas metana harus dikeluarkan dan anggaran pembinaan sistem tersebut adalah antara RM15 juta hingga RM20 juta.

“(Sementara) untuk Black Water Lake, terdapat dua opsyen iaitu jika hendak bersihkan tasik tersebut anggaran diberikan RM42 juta dan jika hendak menutup tapak sebagai inert landfill sebanyak RM18 juta. Terdapat dua cadangan untuk penyelesaian jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kedua-dua lokasi pelupusan sampah haram itu semalam.

Nik Nazmi diiringi Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaffar serta Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata pihaknya sedang meneliti opsyen tersebut ekoran kos pemuliharaan tapak pelupusan sampah haram itu sangat tinggi disebabkan kerosakan berskala besar terhadap alam sekitar untuk dipulihkan semula.

“Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk melihat cara terbaik dan di samping itu, notis telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada pemilik kerana mereka melanggar syarat. Semua tanah ini adalah hak milik persendirian dan bukan tanah kerajaan,” katanya.

Bagi tempoh 1 Jan hingga 25 Mei 2023, JAS telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 236 arahan lapangan/amaran, 28 kompaun, 58 notis arahan dan satu tindakan mahkamah ke atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka.

Bagi kes tapak pelupusan haram berhampiran Twin Palms, JAS sedang melengkapkan kertas siasatan untuk kesalahan melakukan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, larangan atas pembakaran terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Bagi kes di Tasik Black Water, ia adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Menurut rekod JAS, sebanyak 101 kes aduan dilaporkan yang melibatkan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 25 Mei 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad