web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:00AM

Mereka yang ditahan adalah warga tempatan membabitkan 13 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan tangkapan 14 orang setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kawasan Tampoi di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata mereka yang ditahan adalah warga tempatan membabitkan 13 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun.

“Permohonan reman dua lagi individu yang ditahan akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan polis adalah telus tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya masih menyiasat punca pergaduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 365 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular video berdurasi 28 saat yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 57 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini