web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MARA Akan Panggil Semua Pihak Terlibat Kes Buli MRSM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 4:08PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), baru-baru ini.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak boleh lagi menerima sebarang aktiviti tidak bermoral itu.

Menurut beliau, pihaknya akan melaksanakan siasatan terperinci dan memberi amaran untuk agar pelajar yang didapati bersalah tidak dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

“Dalam masa terdekat, saya akan memanggil semua pihak yang terlibat, pengetua, guru kaunseling, warden dan pihak terlibat di peringkat pusat untuk memastikan isu ditangani secara holistik dan menyeluruh.

“Maaf saya tidak boleh terima jika masih menggunakan alasan-alasan tipikal (seperti), ‘ohh…ini perkara biasa kehidupan di asrama’ (ataupun) ‘jangan laporkan kepada ibu bapa, cukup kepada warden dan kita selesaikan secara dalaman,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, mantan Ketua Pemuda UMNO itu dilihat bertindak proaktif apabila menerima kunjungan daripada pelajar MRSM yang menjadi mangsa buli dan ibu bapanya di pejabat, hari ini.

Tegas Asyraf, budaya buli merupakan penyakit serius yang perlu diubati serta diselesaikan dengan segera kerana ia mampu memudaratkan perkembangan minda, fizikal dan psikologi anak-anak.

“Budaya ‘jibam’ atau boikot kepada pelajar yang buat laporan juga adalah satu bentuk kesalahan dan tidak boleh dibiarkan menjadi amalan.

“Semua pihak kena menerima hakikat, buli adalah penyakit,” katanya.

Terbaharu, seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau yang didakwa menjadi mangsa buli rakan sekelas terpaksa menerima 50 jahitan di muka akibat ditolak dari tangga, dalam kejadian pada 25 Mei lalu.

Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya menahan seorang pelajar Tingkatan Dua sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku tolak-menolak antara suspek dengan mangsa berusia 14 tahun itu sebelum dia terjatuh dari tangga.

Pada 21 Mei lalu, dalam kes berlainan media melaporkan, lima pelajar Tingkatan Lima MRSM yang sama telah ditahan bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Difahamkan, kejadian jam 11 malam pada 18 Mei itu berlaku di tandas lelaki bangunan Blok B, MRSM berkenaan apabila seorang pelajar Tingkatan Tiga dipukul dengan alasan lambat turun solat Subuh.

Mangsa yang mengalami luka kecil akibat dipukul menggunakan kaki dan tangan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapanya pada keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan penahanan dibuat pada hari sama, sebaik menerima laporan daripada bapa mangsa. - Getaran, 30 Mei 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad